Page 13 - Pencalonan Agung ke10_draf 6test
P. 13
11
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA
5
NO. CALON
SYAHRUDIN BIN HANIB
Beliau berasal dari Ipoh, Perak dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa (Penyiaran)
(2000) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Beliau memulakan karier sebagai Pengacara secara sambilan pada tahun 1999 di Radio Televisyen Malaysia
(RTM) dan beberapa syarikat produksi tempatan. Beliau berkhidmat di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
sebagai Penerbit Rancangan Kanan di UiTM (2000 - kini).
Di UiTM beliau pernah dilantik menjadi Jawatankuasa Istiadat Konvokesyen, Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan, Ketua Skim Perkhidmatan Bakat dan Seni.
Penglibatan beliau dalam koperasi bermula pada tahun 2005 sebagai anggota biasa. Kemudiannya beliau
dilantik sebagai Anggota Lembaga Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi MARA Berhad (UiTMKoop) pada
tahun 2015. Setahun selepas itu beliau dilantik pula sebagai Setiausaha Kehormat hingga tahun 2018 sebelum
dilantik menjadi Timbalan Pengerusi hingga tahun 2021. Beliau juga merupakan Anggota Lembaga Koperasi
Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (2022 - kini).
Bermula sesi 2021 beliau dilantik menjadi Pengerusi UiTMKoop hingga kini. Beliau juga adalah Ahli
Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pendidikan (KWAPd), Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga
merupakan Ahli Jawatankuasa Penilaian Biasiswa KWAPd. UiTMKoop juga tersenarai dalam indeks 100
Koperasi Terbaik Malaysia bagi tahun 2023.