Page 15 - Pencalonan Agung ke10_draf 6test
P. 15

13


                                                                                       BIODATA CALON
                                                                                 ANGGOTA LEMBAGA





                                7
          NO. CALON





          MEOR MOHD FAIZUL BIN ABDUL KARIM
          D.K.A.T., B.A.T., P.J.K.





          Dilahirkan di Chemor, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Syed Idrus, Kuang,
          Chemor, Perak seterusnya menyambung pendidikan di Sekolah Menengah Chemor, Chemor, Perak. Beliau
          turut melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan memperoleh Diploma Pengurusan Sumber Manusia
          (UPM), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (UM) serta Sarjana Pengurusan Perniagaan (KTAC - UPM). Kini beliau
          sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidikan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa
          dan Komunikasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

          Beliau telah menghadiri kursus-kursus wajib koperasi yang dianjurkan di Institusi Koperasi Malaysia (IKMa).
          Sekarang beliau merupakan Anggota Lembaga kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad dan
          menjawat jawatan sebagai Setiausaha Koperasi (2023 - kini). Beliau juga pernah menjadi Anggota Lembaga
          Koperasi Tentera pada (2019 - 2023), Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan
          (JPAN) (2020 - 2023) dan juga pernah menjadi Anggota Lembaga Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa
          (KOPSYA) (2022 - 2023).

          Perkhidmatan  beliau  yang  cemerlang  di  dalam  Angkatan  Tentera  Malaysia  melayakkan  beliau  menerima
          pengiktirafan dengan pengurniaan pingat Darjah Kepahlawan Angkatan Tentera (DKAT) dan pingat Bintara
          Angkatan Tentera (BAT). Beliau juga turut dianugerahkan Pingat Jaksa Bakti (PJK) Negeri Kedah pada tahun
          2017.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20