Page 12 - Pencalonan Agung ke10_draf 6test
P. 12

10


          BIODATA CALON
          ANGGOTA LEMBAGA





                               4
          NO. CALON






          MOHD FAUZI BIN MOHAMMED SAIF







          Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Sains Sukan dari Universiti Pendidikan
          Sultan Idris (UPSI) dan Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.

          Beliau pernah menjadi pendidik di SK Taman Melawati, Kuala Lumpur dan SMK Sungai Kertas, Batu Caves
          Selangor. Beliau juga merupakan seorang pegawai yang bertugas sebagai Pegawai Peperiksaan di Majlis
          Peperiksaan Malaysia.

          Dalam bidang koperasi, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah
          Persekutuan  (2021  -  kini)  dan  Setiausaha  Kehormat  Koperasi  Perkhidmatan  Pelajaran  Nasional  Berhad
          (KOPENAS) (2016 - kini). Beliau juga merupakan Anggota Lembaga Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa
          Berhad (2022 - kini).

          Selain daripada bidang koperasi, beliau adalah Anggota Lembaga Pengarah MYKOPENAS Sdn. Bhd. (2019 -
          kini) dan Ahli Lembaga Pengarah Oxford Fajar Sdn. Bhd. (2019 - kini).
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17