Page 10 - Pencalonan Agung ke10_draf 6test
P. 10
8
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA
2
NO. CALON
DATUK DR. AZIH BIN MUDA
P.J.N., D.P.S.M., J.M.W., P.P.N., P.J.K., P.L.B., P.K.B., B.J.T.C.
Beliau berasal dari Kuala Terengganu dan telah menamatkan pengajian bagi jurusan Doctor of Business
Administration (DBA) di Asia E University.
Beliau pernah berkhidmat di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (1978 - 2019) sebagai Penolong Pegawai
Tadbir Tinggi N36. Antara pengalaman yang dimiliki oleh beliau semasa berada di dalam dan luar kerajaan
termasuk Badan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) diantaranya adalah di lantik Presiden Kongress
Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) (2013 - 2019), Timbalan Presiden
Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) (2006 - 2013),
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia
(ANULAE) (2009 - 2019), Pengerusi Koperasi Kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Berhad (1997 -
2017), Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan Am dan Ahli Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC).
Beliau juga merupakan Ahli Majlis Sara Hidup Negara, Ahli Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan, Ahli Majlis Sekretariat Bebas Muflis, Ahli Majlis Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP),
Ahli Majlis Lembaga Perubatan Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP),
Ahli Lembaga Pengarah PERKESO, Ahli Panel Pelaburan PERKESO, dan Ahli Jawatankuasa Bandar Selamat
Dan Focus Group Bandar Selamat Perbadanan Putrajaya.
Beliau bergiat aktif dalam gerakan koperasi di dalam negara. Beliau merupakan Anggota Lembaga Koperasi
Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) (2022 - kini). Beliau juga merupakan Pengerusi Koperasi
Kospeta Malaysia Berhad (KOSPETA) yang juga berada dalam Indeks 100 koperasi terbaik. Selain daripada itu,
beliau juga merupakan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Dan Swasta (PEJASAMA), Executive Director (ED)
MyAngkasa Bina Sdn. Bhd, Pengerusi Agro Tech Berhad, Pengerusi Federasi Koperasi Hartanah dan Industri
Pembinaan Malaysia Berhad, Ahli Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, Ahli Jawatankuasa Perhubungan
ANGKASA Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Sektor Hartanah ANGKASA, dan Ahli Jawatankuasa
Sektor Pembangunan Kewangan ANGKASA.
Sehubungan dengan itu, beliau telah memperolehi Pingat Panglima Jasa Negara (PJN) dari DYMM Yang
di-Pertuan Agong, Darjah Pangkuan Sri Melaka (DPSM), Johan Mahkota Wilayah (JMW), Pingat Pangkuan
Negara (PPN), Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Pingat Lama Berkhidmat (PLB), Pingat Khidmat Berbakti (PKB),
Bintang Jasa Terbilang Cuepacs (BJTC) dan juga pernah menerima Anugerah Koperator pada tahun 2015.