Page 44 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 44
BAB
2 Matriks
Apakah yang akan anda pelajari?
• Matriks
• Operasi Asas Matriks
Maslahat Bab Ini
Matriks digunakan dalam bidang matematik untuk mewakili dan menyelesaikan masalah
dalam algebra, statistik dan geometri. Dalam kehidupan harian, seorang pengurus belian
boleh mencatat jumlah inventori dalam perniagaan.
Tahukah Anda?
Arthur Cayley (1821-1895) seorang ahli matematik Inggeris yang
membangunkan teori matriks dari aspek algebra dalam karyanya
A Memoir on the Theory of Matrices. Cayley mencipta matriks
semasa membuat kajian tentang teori transformasi. Dua orang ahli
matematik Amerika Syarikat, Benjamin Peirce (1809-1880) dan
Charles S. Peirce (1839-1914) turut bersama-sama Cayley dalam
pembangunan matriks algebra.
Untuk maklumat lanjut:
bit.do/TahukahAndaBab2
GERBANG ISTILAH
matriks matrix
matriks baris row matrix
matriks identiti identity matrix
matriks lajur column matrix
matriks segi empat sama square matrix
matriks segi empat tepat rectangular matrix
matriks sifar zero matrix
matriks songsang inverse matrix
pendaraban skalar scalar multiplication
penentu determinant
peringkat order
unsur element
34
34
KPM
KPM