Page 45 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 45
Matriks
2
BAB
Mengikut Laporan Digital 2018, jumlah pengguna Internet mencatatkan 25.08
juta orang iaitu 79% penduduk di Malaysia. Masyarakat kini lebih cenderung
menjalani urusan seharian seperti membeli-belah, membuat bayaran perkhidmatan
dan sebagainya melalui Internet. Pelbagai data telah dihasilkan dalam proses ini
dan menyokong pertumbuhan Data Raya (Big Data).
Data Raya merujuk kepada data yang bersaiz sangat besar, kompleks dan
sukar diproses dengan pengurusan pangkalan data biasa. Koleksi data ini dapat
membantu pihak pengurusan pelbagai bidang untuk membuat keputusan yang lebih
bijak. Dalam bidang perniagaan, data raya dianalisis untuk mengurangkan kos dan
masa, membangunkan produk baharu serta menyusun langkah-langkah perniagaan
yang strategik. Proses menganalisis data ini banyak melibatkan matriks.
35
35
KPM
KPM