Page 84 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 84

3.1 Risiko dan Perlindungan Insurans



                    Apakah maksud risiko dan kepentingan perlindungan
                   insurans?
                                                                               Menjelaskan maksud
                 Risiko                                                        risiko dan kepentingan
                                                                               perlindungan insurans,
                                                                               dan seterusnya mengenal
               Tahukah anda bahawa setiap daripada kita adalah terdedah        pasti jenis insurans hayat
               kepada bahaya yang mungkin menimpa diri, keluarga atau harta    dan insurans am bagi
                                                                               melindungi pelbagai jenis
               benda kita?                                                     risiko.
         3
         BAB
                                                                               Bu letin            Il mia h
                                                                               Buletin           Ilmiah
                                                                              Elemen penting dalam
                                                                              definisi risiko:
                                                                              (i)  Risiko tidak dapat
                                                                                 ditentukan
                                                                              (ii)  Risiko yang melibatkan
                                                                                 kerugian





               Kemalangan jalan raya yang mencederakan pemandu dan penumpang kenderaan yang terlibat,
               kemusnahan harta benda disebabkan kebakaran, bil perubatan yang tinggi akibat penyakit
               kritikal dan sebagainya mungkin boleh berlaku dalam kehidupan kita. Sudah semestinya
               kejadian seperti ini menyebabkan kita menanggung kerugian. Hakikat bahawa diri kita
               terdedah kepada kerugian sedemikian dan ketidakpastian sama ada perkara tersebut akan
               berlaku kepada diri kita atau tidak menyebabkan wujudnya risiko dalam kehidupan kita.
               Oleh itu, risiko secara umumnya ialah kemungkinan berlakunya musibah yang tidak dapat
               dielakkan.

                    Kehidupan sebagai seorang murid tidak terlepas daripada
               kebarangkalian berdepan dengan risiko. Risiko yang mungkin
               anda hadapi adalah seperti mengalami kemalangan ketika dalam    Antara berikut, risiko
               perjalanan pergi ke sekolah, mengalami kecederaan semasa        yang manakah boleh
               dalam perlawanan bola sepak atau terjatuh di tangga semasa      diukur dengan wang?
               dalam perjalanan ke perpustakaan sekolah.                       Bincangkan.
                                                                               (i)  Risiko membeli
                    Walaupun anda mungkin menjalani kehidupan dengan              sebuah kereta
               berhati-hati dan mengamalkan cara hidup yang sihat, risiko anda    terpakai.
               berdepan dengan perkara yang tidak diingini masih ada. Oleh     (ii)  Risiko membuat
                                                                                  pelaburan dalam
               itu, dengan wujudnya insurans kepada semua lapisan umur,           pasaran saham.
               anda akan diberikan satu perlindungan kewangan jika kejadian    (iii)  Risiko motosikal
               yang tidak diingini berlaku kepada anda.                           dicuri.



                 74
                 KPM
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89