Page 87 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 87

BAB 3   Matematik Pengguna: Insurans


                                                  Jenis insurans am




                    Insurans                     Insurans perubatan                       Insurans
                     motor                         dan kesihatan                          perjalanan

                                   Insurans                               Insurans
                                  kebakaran                           kemalangan diri




                                                                                 Bu letin            Il mia h
                                                                                 Buletin           Ilmiah
                (i)  Insurans motor
                                                                                Insurans motor merupakan      3
                Insurans motor memberikan perlindungan terhadap sebarang        insurans yang wajib
                kerugian atau kerosakan berkaitan dengan penggunaan             dimiliki oleh setiap pemilik   BAB
                kenderaan berenjin. Jadual di bawah menunjukkan empat jenis     kenderaan di Malaysia
                polisi insurans motor yang melindungi kenderaan anda.           yang tertakluk bawah Akta
                                                                                Pengangkutan Jalan 1987.


                                                Polisi           Pihak    Pihak ketiga,
                  Perlindungan                           Akta    ketiga   kebakaran &    Komprehensif
                                                                            kecurian
                  Liabiliti kepada pihak ketiga akibat    Ya      Ya          Ya              Ya
                  kecederaan dan kematian.
                  Kerugian terhadap harta  benda yang   Tidak     Ya          Ya              Ya
                  dialami pihak ketiga.
                  Kerugian terhadap kenderaan sendiri
                  akibat kebakaran yang tidak disengajakan  Tidak  Tidak      Ya              Ya
                  atau kecurian.
                  Kerugian dan kerosakan terhadap       Tidak    Tidak       Tidak            Ya
                  kenderaan sendiri akibat kemalangan.


                     Polisi komprehensif memberikan perlindungan yang            Bu letin            Il mia h
                                                                                 Buletin           Ilmiah
                menyeluruh berbanding dengan tiga polisi di atas. Persamaan
                bagi polisi-polisi ini ialah perlindungan tidak merangkumi      Dalam insurans motor,
                tuntutan pemandu dan penumpang kenderaan seperti kecederaan     pihak
                                                                                •  pertama → pemandu
                dan kematian.                                                     (pemegang polisi)
                     Sebagai contoh, Agus memandu kereta miliknya dengan        •  kedua → syarikat
                                                                                  insurans
                membawa seorang penumpang iaitu kawannya, Faizal. Dalam         •  ketiga → mana-mana
                perjalanannya itu, kereta Agus telah hilang kawalan lalu          individu yang terlibat
                melanggar sebuah kereta lain yang dipandu oleh Devi. Agus,        dalam kemalangan
                Faisal dan Devi telah mengalami kecederaan manakala kereta        disebabkan oleh
                Agus dan Devi mengalami kerosakan.                                pemandu tidak
                                                                                  termasuk penumpang.


                                                                                                   77
                                                                                                  KPM
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92