Page 85 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 85

BAB 3   Matematik Pengguna: Insurans

                 Insurans                                                        Bu letin            Il mia h
                                                                                 Buletin           Ilmiah
                Insurans bertujuan memindahkan risiko daripada individu         Syarikat insurans
                kepada organisasi insurans. Kontrak insurans dimeterai antara   Pihak yang bersetuju untuk
                syarikat insurans dengan pemilik insurans. Dalam kontrak        membayar pampasan
                                                                                atas kerugian yang telah
                ini, syarikat insurans dikehendaki membayar ganti rugi          diinsuranskan.
                atau pampasan bagi kerugian yang dilindungi seperti yang        Pemegang polisi (pemilik
                dinyatakan dalam polisi, sebagai balasan kepada bayaran         insurans)
                premium yang dibuat oleh pemegang polisi.                       Pihak yang akan menuntut
                                                                                dan menerima pampasan
                                                                                atas kerugian yang
                                     membayar premium                           dialami.
                     Pemegang                                 Syarikat
                       polisi                                 insurans          Kontrak insurans              3
                                  membayar pampasan bagi                        Suatu polisi dan sebagai
                                    kerugian yang berlaku                       bukti kepada perjanjian       BAB
                                                                                yang telah dibuat antara
                                                                                syarikat insurans dengan
                     Jumlah pembayaran ganti rugi yang akan dibayar kepada      pemegang polisi.
                pemegang polisi adalah hanya setakat jumlah kerugian yang       Premium
                dialami. Hal ini demikian kerana, prinsip utama dalam sistem    Jumlah wang yang dibayar
                insurans adalah untuk memulihkan kedudukan kewangan             oleh pemegang polisi
                pemegang polisi kepada keadaan sebelum berlakunya kerugian,     kepada syarikat insurans.
                yang juga dikenali sebagai prinsip indemniti. Oleh itu,
                prinsip insurans ini tidak akan membenarkan pemegang polisi
                                                                                    letin
                                                                                 Bu
                                                                                               Il
                                                                                                    h
                                                                                                mia
                memperoleh keuntungan daripada insurans yang dibeli.             Buletin           Ilmiah
                     Insurans tidak boleh menghalang sesuatu kerugian daripada   Prinsip indemniti:
                                                                                Syarikat insurans akan
                berlaku tetapi insurans berkepentingan untuk mengurangkan       membayar ganti rugi
                beban kewangan yang akan ditanggung oleh pemegang polisi        kepada pemegang polisi
                apabila berlakunya kerugian atau kemalangan. Hal ini demikian   sekiranya berlaku kerugian
                kerana, pembelian amaun insurans yang mencukupi akan            yang diinsuranskan
                menghapuskan ketidakpastian terhadap kerugian kewangan jika     pada amaun yang tidak
                                                                                melebihi kerugian yang
                berlakunya kerugian yang diinsuranskan itu.                     dialami, tertakluk kepada
                                                                                jumlah perlindungan yang
                                                                                diinsuranskan.
                Apakah insurans hayat dan insurans am?

                Insurans terbahagi kepada dua jenis insurans utama, iaitu insurans hayat dan insurans am.
                Kedua-dua insurans ini melindungi pelbagai risiko yang berbeza.


                  MobiLisasi Minda 1   Berkumpulan
                  Tujuan: Menentukan kepentingan insurans bagi melindungi pelbagai jenis risiko.
                  Langkah:
                    1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                    2.  Setiap kumpulan perlu mencari beberapa keratan surat khabar atau berita dalam
                       talian yang melibatkan bencana yang menimpa individu atau sesebuah keluarga.





                                                                                                   75
                                                                                                  KPM
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90