Page 11 - tmp_Neat
P. 11
BERITA SEMASA
UM kekal terbaik, sembilan universiti lain turut tembusi senarai ranking 110 Asia
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya mencatat sejarah apabila berjaya disenaraikan dalam
10 universiti di Asia buat kali pertama.
Menerusi laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds(QS) WORLD
UNIVERISTY RANKINS: Asia 2021, UM berada di tempat kesembilan,naik empat anak
tangga berbanding tahun lalu.
Lebih membanggakan,tahun ini menyaksikan sembilan universiti tempatan lain, turut berjaya
disenarai dalam kelompok 110 universiti terbaik di Asia.
Selain UM, turut menerima peiktirafan ialah Universiti Putra Malaysia (ke28), Universiti
Sains Malaysia (ke-34), Universiti Kebangsaan Malaysia (ke-35), Universiti Teknologi
Malaysia (ke-39), Universiti Teknologi Petronas (ke-70), Universiti Taylor's (ke-89),
Universiti UCSI (ke-105), Universiti Utara Malaysia (ke107) dan Universiti Teknologi
MARA (ke-108).
"Kejayaan ini merupakan kejayaan terbaik negara setakat ini dan membuktikan bahawa hala
tuju Pendidikan Tinggi Negara berada atas landasan yang betul.