Page 14 - tmp_Neat
P. 14
Permohonan penilaian APEL hendaklah dibuat oleh individu (pelajar). Ketika ini MQA
memberi ruang bagi memasuki sistem ini di peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan
ijazah sarjana.
Jika anda berminat memasuki program menerusi APEL haruslah:
i-Berstatus Warganegara Malaysia
ii-Minimum usia 19 tahun bagi pemohon peringkat sijil, minimum usia 20 tahun (peringkat
diploma), minimum usia 21 tahun (peringkat ijazah sarjana muda) dan 30 tahun ke atas
(ijazah sarjana), serta
iii-Lulus dalam penilaian yang akan dijalankan MQA iaitu menerusi penilaian Portfolio dan
Aptitude Test.
Sekiranya melepasi syarat i dan ii, seperti dinyatakan. Pemohon boleh membuat rujukan
lanjut di portal MQA yang mana terdapat ruangan khusus mengenai APEL dan pendaftaran
secara dalam talian.
Apakah nasihat Datuk kepada belia yang sedang mencari program pengajian pilihan?
Ini adalah perkara penting yang perlu diberikan perhatian. Bukan hanya kepada lepasan SPM
dan STPM tetapi termasuk ibu bapa.
Sebelum mengikuti mana-mana program di IPT tempatan, dinasihatkan supaya menyemak
terlebih dahulu status program itu sama ada sudah mendapat Perakuan Akreditasi Sementara
atau Perakuan Akreditasi di portal MQA.
Ini sangat penting agar apabila bergraduat kelak, kelayakan atau ijazah yang diterima diiktiraf
dan seterusnya akan memudahkan laluan kerjaya masing-masing.
Perkara yang sama juga perlu dilakukan apabila individu ingin melanjutkan pengajian ke luar
negara.
Penting memastikan status akreditasi atau pengesahan kualiti oleh pihak berkuasa negara
terbabit bagi menjamin penerimaan kelayakan yang diperoleh apabila bergraduasi.
Bagaimana semakan status program boleh dilakukan?
Senarai program mendapat akreditasi boleh diperoleh dengan menyemak di portal MQA yang
mana semakan melalui Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) di www2.mqa.gov.my/mqr bagi
senarai akreditasi penuh.
Keduanya senarai akreditasi sementara di www2.mqa.gov.my/pasp dan Sistem Pengiktirafan
Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) di www2.mqa.gov.my/esisraf.
Sekiranya membabitkan program luar negara, semakan boleh dibuat dengan pihak berkuasa
negara berkenaan.
Semakan lebih pantas dan mudah boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi MyMQR di
telefon pintar.