Page 13 - tmp_Neat
P. 13
‘Setakat ini 19,348 memohon APEL dan 4,007 sudah lulus’
Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) cukup dikenali sebagai sebuah autoriti global yang
menjaga kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.
Misinya untuk mewujudkan satu sistem jaminan kualiti diterima pakai di peringkat
antarabangsa.
MQA yang berusia 13 tahun kini bersedia meneroka sempadan baharu bagi ‘mencipta’ sistem
pendidikan tinggi negara lebih cemerlang.
Bagaimana APEL dapat membantu sebagai laluan alternatif dalam menyambung
pelajaran?
APEL ialah laluan alternatif kepada mereka yang tidak mempunyai kelayakan formal untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Contohnya mereka hanya mempunyai sijil UPSR dan PMR, tetapi masih boleh melanjutkan
pengajian ke peringkat universiti.
Setakat ini, seramai 19,348 yang memohon APEL dan 4,007 daripada mereka lulus penilaian
berkenaan.
Bagaimana cara bagi mereka yang berminat memohon masuk ke dalam sistem ini?