Page 3 - 2018 KAJIAN JASEM RESEAT
P. 3

SMK MATANG 2018M/ 1440M- BIDANG KEMANUSIAAN- PENDIDIKAN ISLAM
                   3

                                                      ABSTRAK



                                  MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN
                                           DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH

                                JASEM- JAWAB SEMULA




                   Pendidikan  Islam  merupakan  satu  mata  pelajaran  yang  sangat  penting  untuk  melahirkan

                   generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia. Peperiksaan amat penting dalam menentu
                   hala tuju murid, dengan markah dan gred terbaik akan melayakkan murid meneruskan pengajian
                   ke  peringkat  yang  lebih  tinggi.  Kaedah  JASEM  bukanlah  sesuatu  yang  baru,  tetapi  atas

                   kesedaran dalam tinjauan ramai murid bijak menjawab soalan tetapi tidak mengikut skema LPM.
                   Justeru,satu kajian telah dilakukan terhadap murid yang di dapati boleh menguasai kaedah ini
                   dengan jayanya.
                              Tinjauan Awal yang dilakukan adalah melalui sesi soal jawab, temu bual bersama murid,

                   latihan bertulis dan ujian pra. Hasilnya didapati  15 % murid tidak menjawab mengikut skema
                   peringkat  SPM  sedangkan  mereka  telah  diberi  taklimat  dalam  bengkel  sebelum  memasuki
                   peperiksaan  umum.  Bagi  mengatasi  masalah  ini,  satu  kajian  menggunakan  model  khas  iaitu
                   JASEM  (Re  Seat)  dihasilkan  supaya  dapat  membantu  murid  menjawab  mengikut  skema  dan

                   mendapat  markah  terbaik  dalam  semua  ujian  peperiksaan.  Semoga  selepas  menggunakan
                   JASEM prestasi murid akan meningkat.
                   1.0 Refleksi Ujian
                   Ramai pelajar sederhana lemah tidak menjawab mengikut skema jawapan.

                   Ada yang dapat menjawab tetapi kurang tepat.
                   Ada yang tidak menjawab dengan lengkap.
                   Atas alasan ini murid cemerlang yang memdapat markah 90 ke atas akan diabil jawapan nya

                   dan memberi kepada pelajar yang lemah ini.
                   Hasilnya !. murid dapat inspirasi ada kawan dan rakan boleh buat kenapa aku tidak boleh.
                   Panduan dari jawapan rakan akan tersemat dihati dan akan berusaha melakukannya pada masa
                   akan dating.

                   4

                   2.0 Fokus Kajian
                   Ujian telah diadakan kepada 15 orang pelajar sebahagian daripada mereka boleh membaca dan
                   menulis  dengan  baik  dan  sebahagian  lagi  masih  perlu  dibimbing.  Dalam  ujian  tersebut,  kami
                   mendapati mereka sukar menjawab soalan ujian percubaan SPM walaupun diberi kursus teknik

                   menjawab soalan. Hanya menggunakan kaedah JASEM hasilnya kami dapati murid yang tidak
   1   2   3   4   5   6   7   8