Page 8 - 2018 KAJIAN JASEM RESEAT
P. 8

SMK MATANG 2018M/ 1440M- BIDANG KEMANUSIAAN- PENDIDIKAN ISLAM
                   Jadual 3 menunjukkan perbandingan pencapaian murid melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian
                   Pra  menunjukkan  mereka  tidak  dapat  menjawab  semua  soalan.  Melalui  Ujian  Pos,  pelajar
                   sasaran dapat menulis kesemua 10 soalan dengan tepat.

                   Dalam pemerhatian perubahan tingkah laku pelajar, didapati pelajar menunjukkan minat kerana
                   mereka  bukan  sahaja  dapat  berfikir,  malah  proses  pembelajaran  dapat  dilaksanakan  dengan
                   baik.

                   10


                   Daripada  kajian  yang  dijalankan  dapat  dirumuskan  bahawa  ia  telah  menunjukkan
                   keberkesanan.  Kaedah  ini  menjadi  satu  alternatif  kepada  pelajar  yang  bermasalah  dalam

                   menjawab soalan. Ia bukan setakat berbentuk kemahiran menjana idea tetapi perkongsian ilmu
                   boleh  berlaku  secara  tidak  langsung  ketika  mereka  membuat  ujian  bertulis  di  kelas  dalam
                   kumpulan masing-masing,seterusnya menjawab soalan bahagian ini dalam setiap peperiksaan
                   yang dijalankan secara sumatif dan formatif.


                   Cadangan untuk kajian seterusnya
                   Saya  telah  menggunakan  kaedah  JASEM  ini  dan  mendapati  ia  boleh  menjana  minda  pelajar
                   yang  sederhana  dan  lemah  bagi  menaikkan  semangat  belajar  menjawab  soalan  secara

                   berkesan.
                   Saya akan menggunakan kaedah ini kepada pelajar lain pada tahun hadapan apabila selesai
                   ujian  penting.  Saya  juga  akan  mengaplikasikan  kaedah  ini  dalam  mata  pelajaran  Pendidikan
                   Islam.

                   Kajian  tindakan  ini  berjaya  mencapai  objektifnya  kerana  pelajar  yang  menjadi  sasaran  dalam
                   kajian ini telah menunjukkan perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan mereka
                   dalam menulis jawapan dalam ujian yang lalu, seterusnya dapat menggunakannya bagi tujuan

                   menambahkan  ilmu  dan  minat,kerana  buku  teks  Pendidikan  Islam  hanya  dikeluarkan  dalam
                   versi  Jawi  sahaja,manakala  soalan peperiksaan  umum  dikeluarkan  dalam dua  versi  rumi  dan
                   jawi.Dengan  ini  ianya  dapat  diaplikasikan  dalam  kehidupan  seharian  sebagai  individuMuslim
                   agar mendapat kejayaan yang cemerlang.
                   Laporan  diakhiri  dari  Kalam  Rabbul  Jalil  yang  bermaksud  “Allah  tidak  akan  mengubah  nasib

                   seseorang  itu  jika  ia  sendiri  tidak  mengubahnya”  dan  daripada  Kalam  Ulama:’  Man  Jadda
                   Wajada “dari Pepatah Melayu “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih”


                   Sekian.
   3   4   5   6   7   8   9   10