Page 4 - 2018 KAJIAN JASEM RESEAT
P. 4
SMK MATANG 2018M/ 1440M- BIDANG KEMANUSIAAN- PENDIDIKAN ISLAM
mengetahui cara menjawab dengan betul dapat membetulkan dengan melihat dan menulis
jawapan seperti murid cemerlang dan mampu melakukannya seperti murid cemerlang. Dalam
mengenal pasti kes tersebut seramai 15 pelajar perlu bimbingan dalam memahami, berfikir dan
mencuba dalam kaedah JASEM atau ‘Re- Seat’.
3.0 Objektif Kajian
Murid yang menjalani ujian ini akan menjawab dengan betul.
Murid akan berusaha menjawab seperti rakan yang cemerlang.
3.1 Objektif Am
Secara amnya kajian tindakan ini adalah untuk membantu pelajar mengenal, erti ujian dan
markah tertinggi menentukan tahap ilmu mereka..
3.2 Objektif Khusus
3.2.1. Membantu murid mengenal pasti perkara-perkara yang asas dalam bacaan dan tulisan
JASEM.
3.2.2. Membantu murid mengenal pasti huruf agar dapat membaca dan menulis.
3.2.3. Membina keyakinan diri seterusnya melahirkan pelajar yang kreatif.
3.2.4. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.
4.0 Kumpulan Sasaran
Seramai lima belas orang murid tingkatan 4, sembilan orang pelajar lelaki dan enam orang
pelajar perempuan.
4.1 Pelaksanaan Tindakan
4.2 Tinjauan Masalah
Untuk menyediakan kajian tindakan ini, beberapa kaedah telah digunakan bagi mengenalpasti
masalah, iaitu dengan menggunakan Kaedah Pemerhatian, Soal Selidik , contoh jawapan rakan
cemerlang.
5
5.1. Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat melalui proses pengajaran dan pembelajaran, didapati
kaedah kefahaman,pengetahuan dan penulisan menjadi masalah kepada pelajar yang lemah.
Walaupun diajar berulang kali, namun keupayaan terbatas,malah ada yang terlibat dengan kes
disiplin sekolah seperti ponteng dan gagal menyiapkan kerja sekolah.
5.2 Soal selidik
Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar sasaran.Pelajar membuat pilihan mengapa mereka
tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan
5.3 Ujian Pra
Kami mengedarkan latihan yang mengandungi sepuluh soalan kepada pelajar. Setelah dua kali
latihan dan Ujian Pra dijalankan kepada lima belas orang pelajar sasaran ini menggunakan set
soalan yang sama, mereka masih gagal menjawab hampir kesemua soalan, dan masih ada
yang tidak menulis langsung.