Page 12 - 2019 KAJIAN tulinnn
P. 12
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM 1
10
Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan
keberkesanan. Kaedah ini menjadi satu alternatif kepada pelajar yang bermasalah dalam
mengingat dan menghafal sesuatu isi pelajaran.Ia bukan setakat berbentuk kemahiran menjana
idea tetapi perkongsian ilmu boleh berlaku secara tidak langsung ketika mereka membuat ujian
bertulis di hadapan kelas dalam kumpulan masing-masing,seterusnya menjawab soalan
bahagian ini dalam setiap peperiksaan yang dijalankan secara sumatif dan formatif
6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya
Saya telah menggunakan kaedah TULIN ini dan mendapati ia boleh menjana minda pelajar
yang sederhana dan lemah bagi menaikkan semangat belajar secara berkesan.
Saya akan menggunakan kaedah ini kepada pelajar lain pada tahun hadapan apabila mengajar
tajuk yang sama. Saya juga akan mengaplikasikan kaedah ini bagi tajuk-tajuk lain dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam.
Kajian tindakan ini berjaya mencapai objektifnya kerana pelajar yang menjadi sasaran dalam
kajian ini telah menunjukkan perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan mereka
dalam menulis jawapan dalam ujian yang lalu,seterusnya dapat menggunakannya bagi tujuan
menambahkan ilmu dan minat,kerana buku teks Pendidikan Islam hanya dikeluarkan dalam
versi Jawi sahaja, manakala soalan peperiksaan umum dikeluarkan dalam dua versi rumi dan
jawi.Dengan ini ianya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai individuMuslim
agar mendapat kejayaan yang cemerlang.
Usaha itu tangga kejayaan
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri
yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Sekian.
11