Page 7 - 2019 KAJIAN tulinnn
P. 7
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM 1
mereka menjawab, “saya sudah cuba hafal, tetapi tidak ingat langsung” manakala dua orang
pelajar lagi menjawab “saya malas nak hafal”.dan ada yang memberitahu kami tidak pernah
belajar mengaji di kampung, kami lemah sejak sekolah rendah lagi. Apabila diberi latihan
bertulis,lima belas orang murid ini gagal membuat tugasan yang diberikan.Apabila ujian bulanan
atau peperiksaan dijalankan,lima belas orang murid ini juga selalu gagal menjawab bahagian
tulisan jawi ini.Setelah diamati pelajar yang lemah ini, mereka sukar untuk mengingati isi
pelajaran dan terdapat juga yang kurang berminat untuk belajar.Tulisan Jawi ialah satu perkara
penting dalam amal ibadah dan berkait rapat dengan kalam al-Quran agar dapat melaksanakan
ibadah yang wajib dilakukan dengan sempurna dan mengikut tertib. Apabila buta jawi boleh
dikategorikan juga buta Al-Quran, secara tidak langsung boleh mempengaruhi akhlak individu itu
sendiri.
2.0 Fokus Kajian
Ujian telah diadakan kepada 6 orang pelajar Sebahagian daripada mereka boleh membaca dan
menulis dengan baik dan sebahagian lagi masih perlu dibimbing. Dalam ujian tersebut, ramai
murid tidak mengingat fakta dengan tepat.
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
Secara amnya kajian tindakan ini adalah untuk membantu pelajar mengenal,berfikir dan
mencuba dalam kemahiran menulis dan ingat.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1. Membantu murid mengenal pasti perkara-perkara yang asas dalam bacaan dan tulisan.
3.2.2 Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.
4.0 Kumpulan Sasaran
Seramai lima belas orang pelajar Tingkatan 5, sembilan orang pelajar lelaki dan enam orang
pelajar perempuan.
5.0 Pelaksanaan Tindakan
5.1 Tinjauan Masalah
Untuk menyediakan kajian tindakan ini, beberapa kaedah telah digunakan bagi mengenalpasti
masalah,iaitu dengan menggunakan Kaedah Pemerhatian, Soal Selidik ,Ujian Pra 1,2 dan
Kursus Kemahiran Jawi.
5