Page 6 - 2019 KAJIAN tulinnn
P. 6

Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM                    1
                                                    ABSTRAK





                                              PROGRAM KAJIAN TINDAKAN

                                                   PERINGKAT SEKOLAH
                                                        2018M=1439H


                                                         PROPOSAL

                                       MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT

                                       DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TULIN

                   Pendidikan  Islam  merupakan  satu  mata  pelajaran  yang  sangat  penting  untuk  melahirkan

                   generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
                   banyak  menggunakan  kaedah  BACA,HAFAL,INGAT,APLIKASI  dan  memahami  sesuatu  isi
                   pelajaran.Pengetahuan  berkaitan  dengan  JAWI  terutamanya  BACAAN  DAN  TULISAN  amat
                   dititikberatkan.Justeru,satu  kajian  telah  dilakukan  terhadap  lima  belas  orang  pelajar  yang  di

                   dapati amat lemah  yang dikenalpasti tidak menguasai asas-asas bacaan dan tulisan jawi.
                              Tinjauan Awal yang dilakukan adalah melalui sesi soal jawab, temu bual bersama murid,
                   latihan  bertulis  dan  ujian  pra.  Hasilnya  didapati    15  %  murid  tidak  menjawab  soalan  jawi
                   peringkat SPMi sedangkan mereka tahu terdapat soalan ini dalam peperiksaan umum. Markah

                   kemahiran ini walaupun sedikit hanya 10 markah tetapi ianya mempengaruhi untuk mendapat
                   markah  tertinggi  dalam  Pendidikan  Islam.  Bagi  mengatasi  masalah  ini,  satu  kajian
                   menggunakan  model  khas  iaitu  TULIN  (tulis  dan  ingat)  dihasilkan  yang  berfungsi  membantu

                   murid-murid  meningkatkan  ingatan  dan  kefahaman  mereka  terhadap  perkara-perkara  asas
                   penulisan  jawi,  murid  akan  mendapat  markah  walaupun  satu  kalimat  berjaya  ditulis  dengan
                   betul. Jawapan 1 - 4 dapat 1 markah 5-9 dapat 2 markah. Pelajar yang terlibat diberi bimbingan
                   selama 2 minggu mengikut aktiviti yang dirancangkan. Hasil ujian pos yang diperolehi selepas

                   menggunakan TULIN menunjukkan prestasi pelajar semakin meningkat.
                   1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
                   Pelajar Tingkatan 5 yang terpilih boleh dikategorikan berada pada tahap sederhana dan lemah
                   dalam menulis jawi.Namun begitu,masalah yang dihadapi adalah dalam kalangan mereka ada

                   yang berada pada tahap lemah.Apa yang dimaksudkan lemah ialah, mereka lambat mengingat
                   dan  dah  mudah  lupa  isi-isi  yang  diberikan  malah  ada  kalanya  mereka  langsung  tidak  dapat
                   mengingat isi pengajaran yang telah disampaikan.
                   Daripada  pemerhatian,apabila  sesi  soal  jawab  dijalankan  berkaitan  tulisan  jawi  terhadap  15

                   orang murid ini terdapat sebelas orang murid dapat menjawab dengan tepat. Apabila  ditanya
                   kepada pelajar ini mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut, tiga orang daripada
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11