Page 5 - 2019 KAJIAN tulinnn
P. 5
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM 1
AHMADAN BIN GHAZALI - Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan
Matang,34750 Matang,Perak.( 2005 - sekarang )
Latar Belakang Kajian:
SMK Matang merupakan sebuah sekolah yang terletak 9 km ke timur bandaraya bersejarah
Taiping,Perak dan terletak 5.5 km ke barat Kuala Sepetang yang dahulunya dikenali sebagai
Port Weld.Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan rata-rata pelajarnya terdiri
daripada anak-anak nelayan,buruh kasar,kakitangan kerajaan,peneroka FELDA,petani dan
peniaga iaitu dari kumpulan sederhana dan miskin.Oleh kerana prestasi pelajar adalah
sederhana maka pelajar kurang daya saing dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
Pengajian mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu aset penting dalam
kehidupan harian.Bilangan pelajar sekolah ini berjumlah 955 orang yang terdiri dari pelajar
Melayu,Cina dan India.Pelajar Islam di sekolah ini seramai 378 orang.Pencapaian baik dalam
mata pelajaran ini akan memudahkan laluan ke menara gading dan seterusnya menjana
sahsiah terpuji d alam pekerjaan nanti.Walau bagaimanapun tidak begitu ramai pelajar SMK
Matang mencapai keputusan cemerlang (A) bagi mata pelajaran ini dalam peperiksaan PMR
dan SPM.ini disebabkan oleh kelemahan pelajar terutamanya dalam menjawab soalan
berbentuk proses aplikasi menjawikan perkataan rumi,hasilnya dari 26 pelajar hanya 3 pelajar
sahaja yang dapat menjawab dengan tepat dan 8 pelajar menjawab secara sederhana
manakala bakinya tidak dapat menjawab langsung.
Pelajar yang sederhana dan lemah dalam Pendidikan Islam mempunyai sejarah latar
belakang yang berbeza ianya dapat dikesan hasil dari pembelajaran amali solat .Pelajar yang
mahir dalam mata pelajaran ini sebahagiannya boleh dikategorikan sebagai pelajar pintar dari
segi akademik dan sahsiah terpuji,atas dasar ini satu kajian dari skop yang kecil dilaksanakan
bagi meningkatkan penguasaan jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah ini.