Page 10 - 2019 KAJIAN AKRONIM AQIDAH ASESAT
P. 10
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM
Ini kerana naluri semulajadi murid yang ingin tahu sangat cenderung kepada perkara baru,
seterusnya berfikir dengan setulus hati dan akan mencuba melaksanakan impian mereka
menyebabkan kaedah ini mendapat sambutan daripada mereka. Selain itu, ia dapat
merangsang minda yang sederhana dan lemah ini. murid sasaran ini menyatakan rasa seronok
kerana dapat belajar sambil mendalami ilmu agama. Selain daripada mendapat pengetahuan,
pelajar dapat berinteraksi dan bergaul dalam kumpulan serta mematuhi disiplin dalam masa
pembelajaran berlangsung.Kaedah ini dapat menarik minat murid kerana ianya dapat
mengelakkan seseorang pelajar itu daripada merasa tertekan dengan kaedah mengingat dan
menghafal yang tidak dapat mereka laksanakan.
Kaedah ini dapat membantu semua murid mereka cipta bahan BBM dalam semua bidang.
Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan
keberkesanankepada murid yang suka bermain dengan perkataan. Kaedah ini menjadi satu
alternatif kepada murid yang bermasalah dalam mengingat dan menghafal sesuatu isi pelajaran.
Ia bukan setakat berbentuk kemahiran menjana idea tetapi perkongsian ilmu boleh berlaku
secara tidak langsung ketika mereka membuat ujian bertulis di hadapan kelas dalam kumpulan
masing-masing,seterusnya menjawab soalan bahagian ini dalam setiap peperiksaan yang
dijalankan secara sumatif dan formatif
6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya
Saya telah menggunakan kaedah akronim ini dan mendapati ia boleh menjana minda murid
yang sederhana dan lemah bagi menaikkan semangat belajar secara berkesan.
Saya akan menggunakan kaedah ini kepada pelajar lain pada tahun hadapan apabila mengajar
tajuk yang sama. Saya juga akan mengaplikasikan kaedah ini bagi tajuk-tajuk lain dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam.
Kajian tindakan ini berjaya mencapai objektifnya kerana murid yang menjadi sasaran dalam
kajian ini telah menunjukkan perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan mereka dalam
menulis jawapan berbentuk fakta dalam ujian yang lalu, seterusnya dapat menggunakannya
bagi tujuan menambahkan ilmu dan minat.
Laporan diakhiri dari Kalam Rabbul Jalil yang bermaksud “Allah tidak akan mengubah nasib
seseorang itu jika ia sendiri tidak mengubahnya” dan daripada Kalam Ulama:’ Man Jadda
Wajada “dari Pepatah Melayu “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih”
Sekian.