Page 8 - 2019 KAJIAN AKRONIM AQIDAH ASESAT
P. 8

Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM





                   5.4 Pelaksanaan Tindakan
                   5.4.2. Aktiviti 1– Latihan Mengasah Minda

                   Guru  mengedarkan  set    atihan  yang  terdiri  dari  pelbagai  kebolehan  murid  dari  mudah,
                   sederhana dan susah. Hasil daripada ujian itu didapati murid telah menjalankan ujian   atihan
                   dengan penuh komitmen dan bersungguh-sunguh kerana terdapat mereka yang lemah aqidah
                   ini  mencuba  melakukan  yang  terbaik.  Contoh  dengan  memadankan  dan  mencari  jawapan

                   dengan cara berbincang dan memberi idea terbaik.

                   NOTA  :  Apabila  murid  mengenali  tajuk  mereka  akan  cuba  mengingat  dengan  cara  mereka
                   sendiri tanpa mengikut format yang betul ,jika dilihat dari aspek ini kesalahan yang berlaku ialah

                   kaedah ini boleh dibetulkan dengan   atihan kenal fIkir dan cuba, kemahiran menjana akronim/
                   anekdot akan memberi ingatan kekal.
                   Guru akan menyoal murid secara lisan berkaitan tajuk serta cara menulis dengan betul. Hasilnya
                   jawapan murid betul tetapi bercampur denga isi lain.



                   Pemerhatian

                   Pada peringkat awal akronim/ anekdot telah lama diperkenalkan kepada murid, mereka sudah
                   mendapat gambaran bagaimana cara memadankannya. Guru menerangkan kaedah kenal, fikir
                   dan mencuba untuk mendapatkan markah dengan jawapan ini. Cara ini telah menjadikan pelajar
                   lebih  seronok  dan  suasana  pengajaran  dan  pembelajaran  menjadi  lebih  ceria,  pelajar

                   memperolehi  ilmu  secara  tidak  formal  kerana  pendekatan  ini  berbentuk  dua  dalam  satu  iaitu
                   belajar sambil berhibur pada satu masa.

                   Refleksi

                   Kaedah akronim/ anekdot ini membantu pelajar meningkatkan kefahaman, keberanian,
                   keyakinan tentang menjawab dalam peperiksaan awam dengan yakin .

                   5.4.3  Aktiviti : 2 Penulisan secara sistematik

                   i.  Aktiviti  ini  merupakan  pengukuhan  untuk  murid  bagi  mengesan  perubahan  ingatan  minda
                   dalam  tajuk  sukar.  Aktiviti  ini  dijalankan  di  Musolla  sebagai  Pusat  Multimedia  sekolah.  Murid
                   didedahkan dengan pelbagai teknik membina kaedah mengingat. Bagi murid yang lemah dalam

                   membaca dan menulis mereka dapat kenal huruf dan memadankannya dengan bantuan guru
                   dan rakan.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13