Page 9 - 2019 KAJIAN AKRONIM AQIDAH ASESAT
P. 9
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM
Pemerhatian
Aktiviti ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran semakin menyeronokkan, kerana
murid yang lemah malu untuk bertanya dan mendapat hasil dari perbincangan dengan rakan
mereka. Secara tidak langsung mereka mendapat bimbingan rakan sebaya dalam kalangan
mereka.
ii.Refleksi
Aktiviti ini menambahkan lagi penguasaan murid terhadap keyakinan diri dalam menguasai ilmu
pada masa akan datang. Ia juga secara tidak langsung melahirkan pelajar yang mahir dan
berdaya saing dan akan menjana proses perkembangan ilmu yang syumul dunia dan akhirat.
5.5 Refleksi Kajian
Ujian Pos kepada pelajar sasaran setelah tiga kali latihan diberikan. Hasil dapatan daripada
Ujian Pos ini didapati hampir keseluruhan pelajar menguasai kemahiran ini, dapatan ujian pos ini
dapat dilihat menerusi jadual di bawah.
Analisis Ujian Pra dan Pos.
Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut :
Gred Bilangan Pelajar
Pra Pos 1 Pos 2
A 0 0 0
B 2 1 4
C 2 5 3
D 3 4 2
E 7 2 4
G 0 0 0
TH 1 3 2
Jadual 3 : Jadual Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos
Jadual 3 menunjukkan perbandingan pencapaian murid melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian
Pra menunjukkan mereka tidak dapat menjawab semua soalan. Melalui Ujian Pos, murid
sasaran dapat menulis kesemua 10 soalan dengan tepat.
Dalam pemerhatian perubahan tingkah laku murid, didapati mereka menunjukkan minat kerana
mereka bukan sahaja dapat berfikir, malah proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
baik.