Page 5 - 2019 KAJIAN AKRONIM AQIDAH ASESAT
P. 5
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM
2.0 Fokus Kajian
Ujian telah diadakan kepada 15 orang murid Sebahagian daripada mereka boleh membaca dan
menulis dengan baik dan sebahagian lagi masih perlu dibimbing. Dalam ujian tersebut, kami
mengajukan soalan berkaitan perkara-perkara asas membuat akronim. Hasilnya kami dapati
terdapat murid yang tidak mengetahui perkara-perkara tersebut. Dalam mengenal pasti kes
tersebut seramai 15 pelajar perlu bimbingan dalam mengenal, berfikir dan mencuba dalam
kaedah akronim.
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
Secara amnya kajian atihan ini adalah untuk membantu murid mengenal, berfikir dan
mencuba dalam kemahiran memahami dengan kaedah mudah dan ringkas.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1. Membantu murid mengenal pasti cara mengingat dengan mudah.
3.2.2. Membantu murid mengenal pasti huruf yang akan di catat sebagai akronim.
3.2.3. Membina keyakinan diri dengan akronim yang biasa mereka lakukan.
3.2.4. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.
4.0 Kumpulan Sasaran
Seramai lima belas orang murid Tingkatan 5, atihan orang murid lelaki dan enam orang
murid perempuan.
5.0 Pelaksanaan Tindakan
5.1 Tinjauan Masalah
Untuk menyediakan kajian atihan ini, beberapa kaedah telah digunakan bagi mengenalpasti
masalah, iaitu dengan menggunakan Kaedah Pemerhatian, Soal Selidik ,Ujian Pra dan
tunjukcara membina akronim.