Page 3 - 2019 KAJIAN AKRONIM AQIDAH ASESAT
P. 3

Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM





                   TAJUK : KAEDAH AKRONIM DALAM TAJUK AJARAN SESAT.
                   BAHAGIAN AQIDAH TINGKATAN 5


                   KAJIAN : AHMADAN BIN GHAZALI
                   Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, 34750 Matang, Perak.
                   ( 2005 – sekarang )


                   Latar Belakang Kajian:
                   SMK  Matang  merupakan  sebuah  sekolah  yang  terletak  9  km  ke  timur  bandaraya  bersejarah

                   Taiping,Perak dan terletak 5.5 km ke barat Kuala Sepetang yang dahulunya dikenali sebagai
                   Port Weld. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan rata-rata pelajarnya terdiri
                   daripada anak-anak nelayan, buruh kasar, kakitangan kerajaan, peneroka FELDA, petani dan
                   peniaga  iaitu  dari  kumpulan  sederhana  dan  miskin.Oleh  kerana  prestasi  pelajar  adalah
                   sederhana maka pelajar kurang daya saing dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.



                                 Pengajian mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu aset penting dalam

                   kehidupan  harian.  Bilangan  murid  Islam  lebih  75%  di  sekolah    ini  berjumlah  550  orang  yang
                   terdiri  dari  pelajar  Melayu,Cina  dan  India.  Murid  Islam  di  sekolah  ini  seramai  378  orang.
                   Pencapaian  baik  dalam  mata  pelajaran  ini  akan  memudahkan  laluan  ke  menara  gading  dan
                   seterusnya menjana sahsiah terpuji dalam pekerjaan nanti. Walau bagaimanapun tidak begitu

                   ramai  murid  SMK  Matang  mencapai  keputusan  cemerlang  (A)  bagi  mata  pelajaran  ini  dalam
                   peperiksaan PT3 dan SPM. Ini disebabkan oleh kelemahan murid terutamanya dalam menjawab
                   soalan  berbentuk  fakta  murid  hanya  dapat  menjawab  dengan  tepat  amat  sedikit,  ada  murid

                   menjawab secara sederhana manakala bakinya tidak dapat menjawab langsung.


                                 Pelajar yang sederhana dan lemah dalam Pendidikan Islam mempunyai sejarah latar
                   belakang yang berbeza ianya dapat dikesan hasil dari penilaian peperiksaan semasa tingkatan

                   4.  Pelajar  yang  mahir  dalam  mata  pelajaran  ini  sebahagiannya  boleh  dikategorikan  sebagai
                   pelajar  pintar dari  segi  akademik  dan  sahsiah  terpuji,  atas  dasar  ini  satu kajian  dilaksanakan
                   bagi meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah ini.
   1   2   3   4   5   6   7   8