Page 4 - 2019 KAJIAN AKRONIM AQIDAH ASESAT
P. 4

Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM





                                                ABSTRAK KAJIAN TINDAKAN

                                MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGINGAT

                               DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH AKRONIM ( SINGKATAN )
                                              BIDANG AQIDAH : AJARAN SESAT


                   Pendidikan  Islam  merupakan  mata  pelajaran  yang  amat  penting  untuk  melahirkan  generasi
                   yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia sejajar dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

                   Mata  Pelajaran  Pendidikan  Islam  banyak  menggunakan  kaedah  baca,  hafal,  dan  terbahagi
                   kepada tiga kemahiran pengetahuan berkaitan dengan al-Quran, jawi dan tajwid. Bahagian yang
                   memerlukan  kefahaman  yang  mantap  ialah  aqidah,  murid  lemah  yang  dikenalpasti  tidak

                   menguasai tajuk aqidah yang yang berkaitan nama tokoh dan ciri-ciri kesesatan mereka.
                              Tinjauan Awal yang dilakukan adalah melalui sesi soal jawab, temu bual bersama murid,
                   latihan  bertulis  dan  ujian  pra.  Hasilnya  didapati    15  %  murid  tidak  dapatmenjawab  soalan
                   peringkat  percubaan  SPM  sedangkan  mereka  tahu  terdapat  soalan  ini  dalam  ujian.  Bagi

                   mengatasi  masalah  ini,  satu  kajian  menggunakan  AKRONIM  dihasilkan  yang  berfungsi
                   membantu murid-murid meningkatkan ingatan dan kefahaman mereka terhadap perkara-perkara
                   tersebut.  Murid  yang  terlibat  diberi  bimbingan  selama  2  minggu  mengikut  aktiviti  yang

                   dirancangkan. Hasil ujian pos yang diperolehi selepas menggunakan akronim menunjukkan
                   10 % prestasi murid semakin meningkat.
                   5.4 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
                   Murid Tingkatan 5 yang terpilih boleh dikategorikan berada pada tahap sederhana dan lemah
                   dalam mengingat fakta. Namun begitu, masalah yang dihadapi adalah dalam kalangan mereka

                   ada  yang  berada  pada  tahap  lemah.  Apa  yang  dimaksudkan  lemah  ialah,  mereka  lambat
                   mengingat dan dah mudah lupa isi-isi yang diberikan malah ada kalanya mereka langsung tidak
                   dapat mengingat isi pengajaran yang telah disampaikan dan tertukar isi dengan tajuk.

                   Daripada pemerhatian, apabila sesi soal jawab dijalankan berkaitan terhadap 15 orang murid ini
                   terdapat  sebelas  orang  murid  tidak  dapat  menjawab  dengan  tepat.  Apabila  ditanya  kepada
                   pelajar ini mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut, tiga orang daripada mereka
                   menjawab, “saya sudah cuba hafal, tetapi tidak ingat langsung” manakala dua orang pelajar lagi

                   menjawab  “saya malas  nak  hafal”.  Apabila  diberi    atihan  bertulis,  lima  belas  orang  murid  ini
                   gagal membuat tugasan yang diberikan. Apabila ujian bulanan atau peperiksaan dijalankan, lima
                   belas  orang  murid  ini  juga  selalu  gagal  menjawab  isi  fakta  bahagian  aqidah.  Setelah  diamati
                   pelajar  yang  lemah  ini,  mereka  sukar  untuk  mengingati  isi  pelajaran  dan  terdapat  juga  yang

                   kurang berminat untuk mengatasi masalah ini kaedah AKRONIM diperkenalkan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9