Page 2 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 2

PRAKATA








           Tujuan penghasilan ebook ini adalah bertujuan untuk memberi
           informasi lengkap tentang pemakanan, gaya hidup sihat

           dan penjagaan kesihatan bagi kaum wanita reproduktif dalam

           usaha mencegah permasalahan bantut kanak-kanak. Wanita

           merupakan tonggak kemajuan bangsa.  Ia  sebagai  usaha
           untuk memperkasakan tahap pengetahuan  kaum  wanita

           yang terdiri daripada wanita pra-kehamilan,  wanita  hamil

           dan ibu-ibu tentang amalan pemakanan, gaya hidup sihat
                                       dan penjagaan kesihatan.



           Bersesuaian dengan tema hari wanita antarabangsaan 2023
           iaitu “KASIH WANITA”. KASIH adalah singkatan kepada nilai

           kekeluargaan yang merangkumi kasih sayang (K), akhlak atau

           peribadi mulia (A), sihat fizikal dan mental (S), berilmu (I)
           dan harmoni (H). Tema ini menitipkan elemen wanita SIHAT

           dan wanita BERILMU, di mana wanita perlu memastikan

           diri  dan keluarganya sihat dengan mempertingkatkan ilmu

           pengetahuan  terutamanya ilmu pemakanan dan penjagaan
                                                   kesihatan.



           Justeru, ebook ini didedikasikan khusus kepada wanita-wanita
           serta ibu-ibu hebat sebagai panduan tambahan dalam usaha

           mempertingkatkan kesejahteraan kehidupuan serta orang

           di sekeling melalui amalan pemakanan dan gaya hidup sihat

                                      serta penjagaan kesihatan.
   1   2   3   4   5   6   7