Page 7 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 7
Masalah ringan sewaktu hamil
Terdapat banyak perubahan yang dialami oleh ibu sepanjang
tempoh mengandung termasuk perubahan fisiologi, anatomi
(bentuk badan), hormon dan juga psikologi (mental). Oleh
sebab itu, ibu-ibu akan terdedah kepada banyak risiko kesihatan,
antaranya masalah ringan sewaktu kehamilan. Keadaan ini
tidak serius tetapi perlu dipantau dan diawasi kerana
dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangan
bayi dalam kandungan.
Sembelit
Otot usus akan dikendurkan oleh hormon kehamilan
iaitu progesteron. Ibu hamil mungkin akan mengalami
masalah najis menjadi keras atau sembelit kerana
masalah pencernaan yang lambat.
Cara atasi:
Makan makanan
Minum yang tinggi
banyak air. serat seperti buahan
dan sayuran.
Melakukan senaman
Tukar pil yang sesuai untuk
hematinik. ibu mengandung.
Kejang otot
Kebiasaannya berlaku pada waktu malam dan pada
lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh peningkatan
berat badan, perubahan peredaran darah, kekurangan
nutrisi, terlalu aktif atau tidak cukup aktif.
3