Page 12 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 12

Isu Kesihatan Sewaktu Kehamilan






              Objektif                      Mengetahui isu kesihatan
                                            sewaktu kehamilan, faktor
                                            risiko dan komplikasi






                          1.          Diabetes semasa hamil                     Pengenalan




     Diabetes semasa hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM)
     merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang
     sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi mempunyai paras gula dalam
     darah yang lebih tinggi ketika hamil. GDM biasanya bermula pada trimester
     kedua kehamilan (mulai minggu ke-14). Kebiasaannya pesakit akan pulih
     selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun, pesakit menghadapi risiko
     yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.






                         Faktor risiko untuk ibu mendapat GDM






                                                 Berat badan yang                    Mempunyai sejarah
               Umur 25 tahun                     berlebihan atau                     k eluarga yang
                 dan ke atas                     obesiti sebelum                     menghidap kencing
                                                         hamil                                manis




             Umur 25











            Sejarah berat lahir                    Sejarah kencing                     Menghidap darah
            bayi terdahulu lebih                    manis semasa                              tinggi
               daripada 3.8 kg                  kehamilan terdahulu














                                                                                                                    8
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17