Page 14 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 14
Ambil karbohidrat dalam kuantiti yang mencukupi
untuk menjamin tenaga bagi ibu dan bayi dalam
kandungan.
Memastikan diet yang rendah lemak, terutama
lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan
lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam
tanpa kulit.
Elakkan makanan yang berminyak dan bergoreng.
Ambil suntikan insulin seperti yang diarahkan oleh
doktor dan ahli farmasi.
Bincang dengan ahli farmasi sekiranya kurang pasti
dengan teknik menyuntik insulin yang betul.
Awasi tanda-tanda paras gula yang rendah seperti
pening, menggigil, berpeluh, lapar atau keliru.
10