Page 19 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 19
4. Loya dan muntah yang teruk Pengenalan
(Hyperemesis Gravidarum)
Hyperemesis gravidarum adalah komplikasi kehamilan yang dicirikan
oleh mual atau loya dan muntah yang teruk semasa hamil sehingga
mengakibatkan malnutrisi dan komplikasi seperti ketidakseimbangan
cecair atau elektrolit dalam badan yang memerlukan rawatan segera.
pH 7.3
Susut berat Dehidrasi Metabolik asidosis Kekurangan
badan sehingga (keadaan asid darah vitamin B1, B6
5% kurang daripada pH atau B12
7.3)
Tip pemakanan untuk mengatasi loya dan muntah
Ibu hamil tidak seharusnya membiarkan
perut mereka kosong kerana ia boleh
membuat rasa loya dan muntah menjadi
lebih teruk. Pastikan makan tepat pada
waktunya, Makan sedikit dan kerap
boleh membantu menstabilkan tahap
gula dalam darah. Rehat secukupnya.
Ibu hamil perlu memilih makanan dengan betul iaitu dengan mengelak
makanan atau bau yang boleh membuat rasa loya. Elakkan makan
makanan berminyak, berlemak dan pedas. Sebaliknya, pilih makanan
yang tinggi kandungan protein dan karbohidrat, rendah lemak dan
mudah dicerna seperti buah pisang, epal, biskut dan roti bakar.
Mengambil jumlah air yang mencukupi sepanjang hari mungkin 6-8 Gelas Sehari
sedikit sebanyak dapat membantu. Disamping dapat mengekal
hidrasi badan. Tetapkan untuk minum enam hingga lapan gelas
setiap hari, elakkan minum berkafein seperti teh dan kopi.
Ibu hamil digalakkan untuk cukup rehat dan tidur terutama
sekurang-kurangnya lapan jam sehari kerana faktor keletihan
boleh menyebabkan loya menjadi lebih teruk.
15