Page 15 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 15

2.       Tekanan darah tinggi semasa hamil                       Pengenalan


      Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah satu masalah kesihatan
      yang kerap berlaku dalam kalangan wanita mengandung dan dianggarkan
      berlaku pada 3-8% kehamilan di seluruh dunia (WHO, 2018). Ibu hamil
      dikatakan menghidap hipertensi tekanan darah tinggi sekiranya
      bacaan tekanan darah melebihi daripada 140 bagi tekanan sistolik
      dan melebihi daripada 90 untuk tekanan diastolik (≥140/90mmHg).




           Komplikasi Tekanan Darah Tinggi













         Pendarahan      Edema        Kerosakan                          Kerosakan         Pra-      Kematian
                                        buah                                hati        eklampsia
                                      pinggang                                            atau
                                                           Ibu                          eklampsia












            Tumbesaran dan           Kelahiran                             Bayi dilahirkan    Bayi meninggal di
           perkembangan bayi        pra-matang                            tidak cukup berat      dalam rahim
          dalam rahim terbantut                           Bayi




                       Faktor risiko tekanan darah tinggi semasa hamil














         Ibu yang pertama kali hamil            Ibu yang hamil kembar              Ibu hamil berusia lebih 40
                                                                                              tahun











           Ibu hamil yang mempunyai masalah buah                Mempunyai sejarah keluarga seperti ibu atau
                     pinggang atau diabetes                       kakak yang pernah mengalami masalah
                                                                                 darah tinggi

                                                                                                                    11
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20