Page 9 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 9

Kerap buang air kecil





             Ibu hamil akan kerap rasa ingin buang air kecil dan
             kadang-kadang terlepas secara tidak sengaja. Ini
             berlaku kerana otot dasar pelvis yang lemah dan
             kandungan yang makin membesar telah menekan
             pundi kencing. Masalah ini sering berlaku apabila
             batuk, bersin, ketawa, berlari atau bangun dari
             tempat duduk.












             Cara atasi:



           Kurangkan minum air                   Amalkan senaman                       Lakukan ujian air
          pada waktu malam (tapi                pelvik bagi membantu                     kencing bagi
           banyakkan minum air                   mengatasi masalah                    memastikan tiada
             pada waktu siang).                  lemah pundi kencing.                  jangkitan kuman
                                                                                      dalam air kencing.























             Sakit belakang



             Hampir kebanyakan wanita hamil akan mengalami

             sakit belakang, terutamanya pada bahagian pinggang
             dan juga pinggul. Antara faktornya disebabkan
             perubahan  hormon yang menyebabkan tulang
             punggung akan meregang dan mempengaruhi
             beban tulang belakang, penambahan  berat
             badan dan juga perubahan pusat graviti.








                                                                                                                    5
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14