Page 3 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 3
PENGENALAN
Ebook Modul Pemakanan, Gaya Hidup Sihat dan Penjagaan
Kesihatan – Kehamilan adalah merupakan terbitan versi digi-
tal lanjutan kepada aplikasi mobile Be Healthy, Let’s Stop
Stunting (BLESS). Ia merupakan program intervensi
pendidikan pemakanan bagi pencegahan kebantutan
kanak-kanak.
Setiap isi kandungan sama ada berbentuk infografik, huraian
teks dan kuiz dalam ebook ini adalah bersumberkan rujukan
sahih daripada kementerian kesihatan Malaysia (KKM) serta
telah mendapat kesahan pakar daripada pensyarah universiti
tempatan dan pegawai sains pemakanan (PSP) klinik kesihatan.
Ebook Modul Pemakanan, Gaya Hidup Sihat dan Penjagaan
Kesihatan siri Kehamilan ini sesuai dijadikan sebagai sumber
rujukan tambahan kepada wanita reproduktif iaitu wanita yang
sedang hamil bertujuan untuk memberi informasi lengkap ten-
tang panduan pemakanan yang betul, amalan gaya hidup dan
tatacara penjagaan kesihatan bagi memastikan kehamilan
yang sihat.
Selamat membaca dan beramal!