Page 42 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 42
TOPIK 3: PERKEMBANGAN DAN TUMBESARAN
Pengenalan kepada Perkembangan dan Tumbesaran Bayi
Objektif
Memahami Mengenal Mentaksir
prinsip pasti rujukan dan menilai
tumbesaran piawai tahap tahap
dan tumbesaran tumbesaran
perkembangan. bayi. bayi.
Prinsip tumbesaran dan perkembangan tumbesaran
Tumbesaran :
1 tahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun
Bermaksud sebarang perubahan yang boleh dinilai atau diukur
secara kuantiti dan boleh diukur daripada suatu peringkat
tumbesaran yang tertentu ke peringkat selanjutnya yang
mana nilainya kebiasaanya lebih daripada yang asal.
Perubahan tersebut berlaku dalam bentuk yang dapat dilihat
seperti sa dan berat badan dan ia boleh diukur secara
kuantitatif.
Proses tumbesaran akan mencapai kemuncaknya apabila
seseorang mencapai tahap kematangan.
Perkembangan:
Aspek perkembangan tidak boleh diukur secara kuantitatif
dan ia adalah bersifat kualitatif. Walau bagaimanapun,
perkembangan seseorang bayi dan kanak-kanak dapat
dikesan dan dipantau.
Contohnya, tindakan bayi yang menangis apabila menginginkan
sesuatu seperti susu. Namun pada usia tertentu, bayi tersebut
mampu bertindak dengan menunjukkan isyarat tangan
atau isyarat tertentu apabila meminta sesuatu.
Ini menunjukkan bahawa bayi tersebut telah mengalami
proses perkembangan iaitu daripada hanya menangis apabila
berkehendakkan sesuatu seperti susu kepada menunjukkan
tangan atau memberikan isyarat tertentu.
38