Page 40 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 40
Penyusuan susu ibu dan HIV
Saranan penyusuan secara eksklusif adalah perlu. Namun,
perlu diberi perhatian terdapat beberapa keadaan yang mana
bayi tidak boleh disusukan oleh ibu mereka termasuklah bayi
yang dilahirkan oleh ibu yang HIV positif. Perkara ini telah
diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
Kebangsaan HIV/AIDS Bil. 1/2001 yang telah diadakan pada 17
Julai 2001.
Penyusuan susu gantian adalah pemberian susu lain yang
mengandungi semua jenis nutrien kepada bayi yang tidak
menyusu susu ibu sehingga bayi tersebut boleh menerima
makanan keluarga sepenuhnya.
Ibu yang HIV positif harus menerima runding cara tentang
pemakanan bayi, bimbingan dan tunjuk ajar cara penggunaan
susu gantian yang betul dan selamat.
Kumpulan sokongan penyusuan susu ibu (KPSI)
– sokongan selepas keluar wad
Kumpulan sokongan yang boleh didapati dalam komuniti adalah:
1 Keluarga dan rakan
Sokongan keluarga dan rakan amat
penting bagi menjayakan penyusuan
eksklusif dalam 6 bulan pertama.
Sokongan juga penting untuk ibu yang
mengamalkan penyusuan gantian.
2 Jagaan kesihatan primer (primary care) dan anggota kesihatan komuniti
Pusat Kesihatan Komuniti menawarkan:
Kumpulan
Klinik laktasi Sokongan Ibu
Anggota kesihatan sentiasa berhubung
de ng a n i bu bag i me mban tu dan
memberi sokongan kepada ibu dalam Anggota kesihatan
yang boleh memberi
penyusuan dan penjagaan anak. Di contoh yang baik
samping itu, merujuk ibu kepada orang dengan menyusukan
lain yang boleh memberikan sokongan. anak-anak mereka
sendiri
36