Page 35 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 35
Garis panduan pemberian susu ibu kepada bayi
1. Setelah susu telah mencapai suhu yang bersesuaian
iaitu suhu tubuh badan (suam-suam), berikan kepada
bayi dengan cawan, suapan sudu, atau alat penitis.
2. Teknik pemberian susu perahan dengan menggunakan cawan adalah
seperti berikut:
Dudukkan bayi di atas riba. Posisikan bayi
pada posisi tegak ( ) dengan tangan
menyokong belakang leher bayi. Pastikan
posisi selesa untuk bayi.
Letakkan pinggir cawan pada bibir bayi dan
condongkan supaya susu sampai ke bibir
bayi. Biarkan bayi menjilat sendiri susu
dengan lidahnya.
Pastikan bayi menelan susu perahan dan
jangan sesekali tuang susu ke dalam mulut
bayi. Kekalkan posisi cawan walaupun bayi
berhenti seketika.
Lakukan perlahan-lahan hingga susu habis
sepenuhnya.
3. Perkara yang perlu diambil kira semasa memberi susu perahan melalui
cawan (cup feeding):
? ?
Jangan beri susu ketika Beri susu mengikut Bayi perlu mengambil
bayi masih tidur. kehendak bayi. masa untuk belajar.
Pastikan bayi Buangkan susu
disendawakan ibu sekiranya
selepas penyusuan. tidak dihabiskan.
31