Page 38 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 38
3 Tidak cukup susu
Punca-punca :
Ibu tidak kerap menyusu dan Ibu memberikan makanan lain atau
tidak mengikut kehendak bayi. penggunaan susu botol lebih awal.
Bayi tidak melekap dengan betul Ibu menyusukan bayi dengan sebelah
dan bayi tidak dapat menyusu payudara sahaja.
dengan berkesan.
Ibu berhentikan penyusuan di Ibu kurang yakin dengan kebolehannya
waktu malam lebih awal. untuk menyusukan bayi.
Ibu mengalami tekanan emosi.
Cara mengatasi masalah tidak cukup susu:
Susukan bayi sekerap yang mungkin mengikut
kehendak bayi.
Pastikan sela masa antara penyusuan tidak
melebihi 2 jam.
Pastikan bayi melekap dengan betul.
Penyusuan menggunakan kedua-dua belah
payudara dalam satu sesi.
Mengamalkan pemakanan seimbang.
Makan makanan yang tinggi protein seperti
ikan, ayam, daging, telur, kekacang dan
makanan yang tinggi vitamin seperti buah
dan sayuran.
Yakin pada diri sendiri.
Dapatkan rehat secukupnya dan bertenang
semasa menyusukan bayi.
34