Page 36 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 36

Masalah penyusuan susu ibu (PSI)



           Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam 2
           minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutama jika ini adalah
           pengalaman pertama. Berikut adalah beberapa masalah biasa yang dialami:



             1          Kebengkakan payudara



             Sebab utama berlaku kebengkakkan payudara
             atau  bengkak  susu  adalah  kerana  susu  tidak
             dikeluarkan  sepenuhnya  daripada  payudara.





            Punca-punca:                           Bayi tidak disusukan dengan kerap.




                                                   Kolostrum tidak dikeluarkan sepenuhnya.




                                                   Pelekapan (             ) sewaktu penyusuan
                                                   bayi tidak berlaku dengan betul.



            Cara mengatasi dan mengurangkan kebengkakan payudara:

















                Jangan berhentikan penyusuan.                Periksa teknik penyusuan.
                Susukan bayi dengan kerap.                   Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan
                Selepas penyusuan, jika payudara             sedikit susu dengan menggunakan teknik
                masih bengkak, keluarkan susu                perahan  tangan  untuk  melembutkan
                yang masih ada.                              payudara supaya mudah untuk bayi
               Gunakan  tuaman  sejuk  di  antara            menghisapnya.
               penyusuan  untuk  mengurangkan                Tuam payudara dengan menggunakan tuala
               sakit dan kebengkakan.                        dan air suam untuk melancarkan pengaliran
                                                             susu.








            Pencegahan:                      Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya
                                             10-12 kali sehari.




                                             Teknik penyusuan yang betul.


                                                                                                                    32
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41