Page 32 - MODUL PDF AKTIVITI FAMILI MENTEE KMKN 2021_Neat
P. 32
Ada orang sabotaj kita, fitnah kita, aniaya kita. Kita maafkan dia. Sebab bila kita
maafkan semua orang, Allah akan rangsang semua orang untuk maafkan kita.
Bila kita maafkan orang, hati kita bersih, otak dan badan kita sihat, wajah kita
berseri, doa kita makbul, pintu rezeki terbuka dan nikmat melimpah ruah.
Semoga orang itu sendiri juga sedar dan datang sendiri untuk meminta maaf
kepada kita. Kalau tidak pun, kita tak perlu simpan dendam kepada dia.
Ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga kerana setiap malam
sebelum tidur akan maafkan semua orang.
Kita, termasuk juga, bakal penghuni syurga. Jom maafkan semua orang
sebelum tidur tiap-tiap malam.
32