Page 31 - MODUL PDF AKTIVITI FAMILI MENTEE KMKN 2021_Neat
P. 31
Bersetujukah anda dengan pandangan diatas. Bincang Bersama Mentor dan
rakan-rakan anda.
TAJUK 17 : MAAFKAN
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, [11/11/2021 12:00 PM]
Ada orang jadi Perdana Menteri, ada orang jadi tukang cuci. Semuanya sama
sahaja. Allah SWT mencipta kita dengan adil. Allah itu Maha Adil, mana mungkin
kita tak sama.
Kita semua sama tetapi tak serupa. Allah bukan pandang kita siapa, harta kita
banyak mana, pangkat kita dan sebagainya. Allah pandang hati dan amalan kita.
Jadi tak perlu nak banding diri kita dengan orang lain. Bila kita rasa diri kita lebih
teruk daripada orang lain, kita menghina diri.
Kita rasa orang lain lagi teruk daripada kita, itu hina orang lain pula. Dua-dua ini
berdosa.
Penting ke kita bandingkan diri kita dengan orang lain?
Lebih baik kita bandingkan diri kita yang hari ini dengan diri kita yang semalam.
31