Page 26 - MODUL PDF AKTIVITI FAMILI MENTEE KMKN 2021_Neat
P. 26
1.SENYUM lah, cuba senyum sekarang selebarnya. Otak ingat kita sedang happy dan
bahagia, insyaAllah.
Otak kita akan melepaskan molekul kecil yang disebut neuropeptida bagi membantu kita
mengatasi tekanan. Kemudian neurotransmitter lain seperti dopamin, serotonin dan
endorfin juga akan dirembes bersama. Endorfin ni bertindak sebagai
penghilang/mengurangkan rasa sakit yang ringan (macam sakit kepala atau otot badan
letih tu kan), manakala serotonin tu memang antidepressant (cegah kemurungan).
Senyumlah selebarnya dan ucapkan S kedua di bawah ini.
2. SYUKUR. Syukur aja apa ada, apa sedang dihadapi, walau ujian yang kita rasa sukar,
walau ganjaran yang kita rasa gembira sakan. Syukur akan membantu meredakan rasa
tekanan dalaman diri kita, dan beralih ke tindakan seterusnya iaitu tindakan positif yang
baik-baik. Anak tumpah air, tarik nafas, syukur... Anak tak letak pinggan ke sinki?
Senyum tarik nafas syukur.... buat aja, lepas tu beritahu mereka apa kita mahu dia buat,
cakap elok-elok, sebenarnya mereka boleh buat dan beri kerjasama, cuma nya bila
solusi diberi ketika emosi amarah, mesej mendidik tak sampai, yang melekat di telinga
26