Page 15 - BUKU PROGRAM SEMINAR SPESIFIKASI PIAWAI JKR KERJA GEOTEKNIK
P. 15

SPESIFIKASI PIAWAI JKR BAGI KERJA SISTEM ASAS



       ABSTRAK


       Spesifikasi  merupakan  dokumen  yang  memperincikan  piawaian
       kualiti, bahan dan kerja pembinaan untuk satu-satu projek. Oleh
       yang  demikian,  pematuhan  kepada  spesifikasi  yang  telah
       ditetapkan  bagi  projek  pembinaan  adalah  wajib  bagi  menjamin
       kualiti dan keselamatan semasa melaksanakan kerja. Pembinaan
       sistem  asas  merupakan  aspek  kritikal  dalam  setiap  projek
       pembinaan  infrastruktur  atau  bangunan.  Pengawasan  kerja
       pembinaan  sistem  asas  yang  dilaksanakan  dengan  rapi
       berpandukan spesifikasi bukan sahaja dapat menghasilkan kualiti
       pembinaan yang bagus, tetapi juga dapat memastikan pembinaan
       dilaksanakan mengikut kos dan masa yang telah diperuntukan.


       Spesifikasi  yang  perlu  dipatuhi  semasa  pelaksanaan  kerja
       pembinaan  sistem  asas  bagi  projek  yang  dilaksanakan  oleh
       Jabatan  Kerja  Raya  Malaysia  ialah  JKR  Standard  Specification  for
       Building  Works  2020,  Section  C  dan  JKR  Standard  Specification  for
       Road  Works,  Section  10.  Pembentangan  ini  akan  memberi  fokus
       kepada  beberapa  aspek  yang  kritikal  dalam  pengawasan  kerja
       pembinaan sistem asas iaitu asas cetek dan asas cerucuk. Klausa-
       klausa  khusus  yang  sering  kali  memberikan  kekeliruan  kepada
       pegawai JKR juga akan dibincangkan. Selain itu, pemantauan yang
       perlu  diteliti  semasa  pelaksanaan  ujian  beban  juga  akan  diberi
       penekanan.













      14 KERTAS KHAS
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20