Page 17 - BUKU PROGRAM SEMINAR SPESIFIKASI PIAWAI JKR KERJA GEOTEKNIK
P. 17

SPESIFIKASI PIAWAI JKR BAGI PENSTABILAN CERUN



       ABSTRAK


       Spesifikasi Piawai JKR Seksyen 16 telah diterbitkan pada Januari
       2014,  dan  sedang  dikemaskini  berdasarkan  kepada  keperluan
       industri  serta  selaras  dengan  perkembangan  dan  kemajuan
       teknologi produk baru.


       Spesifikasi  ini  akan  dibahagikan  kepada  empat  (4)  teknik
       pengukuhan  cerun:  perlindungan  permukaan,    internal
       stabilization,  struktur  penahan  dan  cerun  batuan.  Spesifikasi
       sedia  ada  hanya  mengandungi  11  kaedah,  tetapi  telah
       dikemaskini  dengan  pertambahan  18  kaedah  menjadikan
       keseluruhan  kaedah  kepada  29.  Setiap  kandungan  versi  yang
       dikemaskini  mengandungi  10  komponen  utama    yang  disusun
       dengan  teliti  untuk  keseragaman  bagi  kegunaan  perekabentuk,
       pihak  berkuasa,  pengilang,  pembekal  dan  pengamal  industri
       bagi kaedah penstabilan cerun.


       Versi  yang  dikemaskini  masih  belum  lengkap  dan  sedang
       menjalani proses semakan oleh jawatankuasa khas yang terdiri
       daripada JKR, ahli akademik universiti tempatan, pembekal dan
       perunding melalui beberapa bengkel yang diadakan pada tahun
       2023. Dokumen ini dijangka disiapkan pada bulan Julai  2024.


       Spesifikasi piawai yang dikemaskini ini akan memberikan kesan
       penting    kepada     industri    pembinaan,      khususnya     dalam
       memperkenalkan kaedah-kaedah, produk serta teknologi terkini
       di  Malaysia.  Sebagai  negara  yang  membangun,  dokumen
       penting  ini  mampu  mengarah  kepada  pemilihan  bahan  serta
       kaedah  yang  tepat  dalam  penghasilan  produk  akhir  atau  hasil
       yang boleh memperkasakan industri pembinaan Malaysia.


      16 KERTAS KHAS
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22