Page 19 - BUKU PROGRAM SEMINAR SPESIFIKASI PIAWAI JKR KERJA GEOTEKNIK
P. 19

SPESIFIKASI PIAWAI JKR BAGI KERJA RAWATAN TANAH



       ABSTRAK


       Kaedah  rawatan  tanah  memainkan  peranan  penting  dalam
       sesuatu projek bangunan, jalan raya mahupun infrastruktur lain
       di  mana  ia  bertujuan  untuk  memastikan  kestabilan  tanah,
       meningkatkan  kapasiti  menanggung  beban,  dan  mengurangkan
       risiko  pemendapan  yang  ketara  serta  seterusnya  memastikan
       keselamatan jangka panjang projek pembinaan.

       Rawatan  tanah  melibatkan  pelbagai  kaedah  dan  teknologi  yang
       direkabentuk  untuk  mengubah  suai  ciri  mekanikal  tanah,
       menjadikannya lebih sesuai untuk menyokong pelbagai struktur.


       Bagi  memastikan  rekabentuk  pembaikan  tanah  ini  dijalankan
       dengan sebaiknya di tapak bina, spesifikasi piawai digunakan bagi
       tujuan menetapkan piawaian kualiti pembinaan serta bahan yang
       digunakan  dalam  pembinaan.  Bagi  spesifikasi  standard  untuk
       kerja  rawatan  tanah,  spesifikasi  yang  perlu  dipatuhi  semasa
       pelaksanaan  kerja  pembinaan  rawatan  tanah  bagi  projek  yang
       dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia ialah JKR Standard
       Specification  for  Building  Works  2020,  Section  V  dan  JKR  Standard
       Specification for Road Works, Section 20.


       Pembentangan  ini  akan  memberi  fokus  kepada  beberapa  aspek
       yang  penting  dalam  pengawasan  kerja  pembaikan  yang
       terkandung  dalam  dokumen  JKR  Standard  Specification.  Klausa-
       klausa  khusus  yang  sering  kali  memberikan  kekeliruan  kepada
       pegawai JKR juga akan dibincangkan. Selain itu, aspek kritikal yang
       perlu  diteliti  semasa  kerja  pemantauan  instrumentasi  juga  akan
       ditekankan.




      18 KERTAS KHAS
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24