Page 8 - MS ISO 9001-2015 (BM)
P. 8

MS ISO 9001:2015 (BM)




                   Memenuhi  kehendak  serta  menangani  keperluan  dan  jangkaan  masa  depan  secara  tekal
                   menjadi cabaran kepada organisasi dalam persekitaran yang semakin dinamik dan kompleks.
                   Bagi  mencapai  matlamat  ini,  organisasi  mungkin  perlu  mengguna  terima  pelbagai  bentuk
                   penambahbaikan sebagai tambahan kepada pembetulan dan penambahbaikan berterusan,
                   seperti perubahan besar, inovasi dan penyusunan semula organisasi.

                   Dalam Standard Antarabangsa ini, bentuk kata kerja yang berikut digunakan:

     Licensed to PERPUSTAKAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA / Downloaded on : 10-Nov-2017 12:16:01 PM / Single user license only, copying and networking prohibited
                   -    "hendaklah" menandakan keperluan;

                   -    "harus" menandakan cadangan;

                   -    "bolehlah" menandakan kebenaran;

                   -    "boleh" menandakan suatu kemungkinan atau keupayaan.

                   Maklumat  yang  bertandakan  "NOTA"  adalah  sebagai  panduan  bagi  memahami  atau
                   memperjelaskan keperluan yang berkaitan.


                   0.2   Prinsip pengurusan kualiti

                   Standard Antarabangsa ini berdasarkan prinsip pengurusan kualiti yang diperihalkan dalam
                   ISO 9000. Pemerihalan termasuk pernyataan tentang setiap prinsip, rasional tentang sebab
                   prinsip itu penting bagi organisasi, beberapa contoh manfaat yang berkaitan dengan prinsip
                   itu  dan  contoh  tindakan  biasa  untuk  menambah  baik  prestasi  organisasi  apabila
                   menggunakan prinsip itu.

                   Prinsip pengurusan kualiti adalah seperti yang berikut:

                   -    fokus pelanggan;

                   -    kepimpinan;

                   −    pelibatan orang;

                   −    pendekatan proses;

                   −   penambahbaikan;

                   −   pembuatan keputusan berasaskan bukti;

                   −   pengurusan perhubungan.


                   0.3   Pendekatan proses

                   0.3.1    Am

                   Standard  Antarabangsa  ini  menggalakkan  penerimagunaan  pendekatan  proses  apabila
                   membangunkan,  melaksanakan  dan  menambah  baik  keberkesanan  sistem  pengurusan
                   kualiti,  bagi  meningkatkan  kepuasan  pelanggan  dengan  cara  memenuhi  keperluan
                   pelanggan.  Keperluan  khusus  yang  dianggap  penting  dalam  penerimagunaan  pendekatan
                   proses dimasukkan dalam 4.4.
                   vi                                         © STANDARDS MALAYSIA 2017 - Hak cipta terpelihara
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13