Page 9 - MS ISO 9001-2015 (BM)
P. 9

MS ISO 9001:2015 (BM)




                   Memahami dan mengurus proses saling berkait sebagai suatu sistem adalah menyumbang
                   kepada keberkesanan dan kecekapan organisasi dalam mencapai hasil yang dimaksudkan.
                   Pendekatan  ini  membolehkan  organisasi  mengawal  saling  hubungan  dan  saling
                   kebergantungan  antara  proses  sistem  itu,  supaya  prestasi  keseluruhan  organisasi  boleh
                   dipertingkatkan.

                   Pendekatan  proses  melibatkan  pentakrifan  dan  pengurusan  proses  yang  sistematik,  dan
                   saling tindaknya, untuk mencapai hasil yang dimaksudkan selaras dengan dasar kualiti dan
     Licensed to PERPUSTAKAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA / Downloaded on : 10-Nov-2017 12:16:01 PM / Single user license only, copying and networking prohibited
                   hala  tuju  strategik  organisasi.  Pengurusan  proses  dan  sistem  secara  keseluruhan  boleh
                   dicapai  dengan  menggunakan  kitaran  PDCA  (lihat  0.3.2)  dengan  tumpuan  keseluruhan
                   terhadap  pemikiran  berasaskan  risiko  (lihat  0.3.3)  yang  bertujuan  untuk  memanfaatkan
                   peluang dan mencegah keputusan yang tidak diingini.

                   Pemakaian pendekatan proses dalam sistem pengurusan kualiti membolehkan:

                   a)   pemahaman dan ketekalan dalam memenuhi keperluan;

                   b)   pertimbangan proses dari segi nilai ditambah;

                   c)   pencapaian prestasi proses yang berkesan;

                   d)   penambahbaikan proses berdasarkan penilaian data dan maklumat.

                   Rajah  1  memberi  gambaran  skematik  proses  dan  menunjukkan  saling  tindak  unsurnya.
                   Pemantauan  dan  pengukuran  titik  semak,  yang  diperlukan  untuk  kawalan,  adalah  khusus
                   untuk setiap proses dan berubah, bergantung pada risiko yang berkaitan.



                                                Titik mula    Titik akhir


                      Sumber Input          Input         Aktiviti        Output       Penerima Output


                      PROSES             BAHAN,                        BAHAN,           PROSES
                      TERDAHULU          TENAGA,                       TENAGA,          SETERUSNYA
                      contoh pada        MAKLUMAT,                     MAKLUMAT,        contoh pada
                      peringkat          contoh dalam                  contoh dalam     peringkat
                      penyedia           bentuk bahan,                 bentuk           pelanggan
                      (dalaman atau      sumber,                       produk,          (dalaman atau
                      luar),             keperluan                     perkhidmatan,    luar), pada pihak
                      pelanggan,                                       keputusan        berkepentingan
                      pihak                                                             lain yang relevan
                      berkepentingan
                      lain yang relevan


                                                        Kawalan dan titik
                                                        semak yang
                                                        mungkin untuk
                                                        memantau dan

                                                        mengukur prestasi


                                    Rajah 1.  Gambaran skematik unsur proses tunggal




                   © STANDARDS MALAYSIA 2017 - Hak cipta terpelihara                                vii
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14