Page 5 - NGO (No.4)
P. 5
SEBAGAI BAHAN
INFORMASI SERTA
RUJUKAN YANG BAIK
Assalammualaikum w.b.t.
Sekalung tahniah diucapkan kepada NGO Publications &
Management (NGOPM) kerana terhasilnya sebuah
majalahyang bertajuk NGO ini.
Penerbitan majalah ini dilihat sebagai satu wadah
kepada pembangunan negara secara tidak langsung
kerana sasaran yang ditetapkan melibatkan
masyarakat secara menyeluruh. Dengan adanya
penerbitan seperti ini juga ianya dapat menilai
keberkesanan setiap organisasi bukan
kerajaan terhadap kewujudannya di Negara ini.
Dengan adanya majalah ini akan dapat
melahirkan rasa minat dan cintakan Negara
di kalangan masyarakat. Sesebuah majalah
bukan hanya sebagai penyampai maklumat
malah lebih kepada memberi kesedaran serta
mendidik masyarakat agar lebih memahami
peranan mereka yang sebenar di samping
dapat menilai kebenaran sesuatu infomasi.
Justeru, saya ingin menyeru dan mengajak
organisasi-organisasi bukan kerajaan di
Malaysia agar terus memacu persefahaman
yang utuh demi kelangsungan negara
di masa akan datang.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerbit
dan editor serta pasukan yang berusaha
mengadakan majalah ini dan didoakan
semoga usaha ini berterusan sehingga
mencapai kejayaan yang cemerlang.
Semoga jasa baik yang membaca serta
menjadikan majalah ini sebagai bahan
informasi serta rujukan yang baik ini akan
diberikan keberkatan di dunia dan akhirat.
Amin, wassalam.
PUAN SRI MANISEH ADAM
Patron,
Pink Ribbon Wellness (L) Foundation
5