Page 3 - Laporan Isu Gelandangan
P. 3
1.1 PENGENALAN
1.2 Gelandangan (orang-orang merempat) di JOHOR kini mencecah 1,500 orang dan adalebih 500
orang adalah gelandangan tegar. Yang menyedihkan ialah, hampir 80 peratusgelandangan adalah
terdiri dari kalangan orang Melayu. Antara faktor mengapa gelandangan inisemakin berleluasa
ialah kerana kemiskinan.Gelandangan berbeza dengan “pengemis”. Anon(1980) menyatakan
“Gelandangan” ialah orang-orangyang hidup dalam keadaan tidak sesuaidengan norma kehidupan
yang layak dalam masyarakat setempat, serta tidak mempunyai tempattinggal dan pekerjaan
yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum.Sedangkan, pengemis
adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-minta di muka umum
dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dariorang lain. (Maklumat
Oleh : Dayangku)Apa penyebab masalah gelandangan? Tidak ada yangtahu dengan pasti. Mungkin
ini berpunca dari masalah gelandangan disebabkan alasan ekonomi.Ramai penyelidik menjadikan
Amerika sebagai contoh iaitu negara maju tersebut mengalamiresesi ekonomi pada awal tahun
2000an. Harga-harga barangannaik, sementara pendapatan kaummiskin tidak berubah, atau
malah berkurang. Ada orang yang produktif dan tidak menderita cacatmental, tetapi tidak mampu
memenuhi keperluan harian sendiri. Walau apapun penyebabnya,kehidupan harian sangat berat
bagi seorang gelandangan di Amerika. Untukmencari tempat berteduh dan kawasan terelak dari
panas dan hujan serta kering setiap malammenyebabkan mereka tidur d kawasan bawah
jambatan, tepian hentian bas, di bawah pokokrendang di tengah kota dengan susunan kotan dan
sebagainya. (Idea Oleh : Mohammad Razdini,disusun oleh cg sue)Jelas faktor sekular yang menjadi
penyebab gelandangan ialah lemiskinan.Hal ini kerana, akibat dari kemiskinanlah segala-galanya
tidak menjadi. Sewa rumah, bayaran bil, makanan dan pakaian tidak mampu untuk diperolehi.
Lantas dengan faktor inilah menjadikan jumlah gelandangan semakin banyak di kota besar. Oscar
dan Suparlan, 1984 menyatakankemiskinan merupakan suatu ketidaksanggupan seseorang untuk
memuaskan keperluan- dan paling umum adalah kegagalan para perantau dalam mencari
pekerjaan yang bergaji lumayan. (Info : Sahrullnizam)Sebagai usaha menangani isugelandangan
ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah usaha oleh pertubuhan badan bukan
kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan (homeless) disekitar Lembah
Klang. Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat
(KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu GolonganGelandangan
dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan yang
terbaik. Selain itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkansebuah Pusat
Sehenti Intervensi bertujuan membantu golongan gelandangan. Pusat ituditubuhkan bagi
menangani isu membabitkan golongan itu serta memberikan perlindungansementara supaya
selepas itu mereka boleh berdikari.
1.3 Definisi Gelandangan