Page 5 - Laporan Isu Gelandangan
P. 5
Melihatkan masalah sosial gelandangan terbiar terutamanya di Johor semakin parah,kami sebagai
seorang NGO terpanggil untuk turut bersama-sama mengubah situasi inikepada yang lebih baik.
Golongan gelandangan hidup terbiar di merata tempat di ceruk-ceruk bahu jalan seakan tiada arah
dalam kehidupan. Isu gelandangan di Johor bukan satu perkara baharu. Kajian mendapati
kebanyakannya merupakan gelandangan sementara dan hanyasebahagian kecil merupakan
gelandangan tegar. Setakat ini, statistik menunjukkan terdapat lebih13 ribu golongan gelandangan di
sekitar ibu negara menerima bantuan makanan daripadaindividu mahupun pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) setiap bulan.Gelandangan perlu difahami secara individu dan tidak hanya dilihat dari
luaran hingga melabelmereka sebagai ‘pencemar’ kawasan bandar.Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dilihat telah banyak membantu golongan ini, tetapi ia tidakmengurangkan jumlah gelandangan di
Kuala Lumpur. Inisaitif kami adalah untuk sekurang-kurangnya membantu mengurangkan dan
membaiki kualiti hidup sebahagian golongan ini.
2.2)Faktor mendorong kepada gelandagan