Page 7 - Laporan Isu Gelandangan
P. 7

Fenomena gelandangan mendorong kepada pelbagai masalah dari segi individu, masyarakatmahupun
               negara. Antara faktor terbesar yang mendorong kepada masalah ini ialah kerenahampir kesemua
               gelandangan tidak mempunyai rumah untuk berteduh dan tidak mempunyaiwang untuk menyara
               kehidupan. Bahagian ini akan menumpukan kepada masalah yang dihadapidi Malaysia yang berpunca
               dari fenomena gelandangan

               A.  INDIVIDU

                   Individu yang menggelandang akan terdedah kepada pelbagai masalah. Pertama,
                   menggelandangmenyukarkan mereka untuk memperoleh pekerjaan. Ini kerana, persepsi oleh
                   sesetengah pihakyang melihat individu yang menggelandang sebagai seorang mempunyai
                   masalah mental. Selainitu, mereka juga dilihat sebagai seorang yang bermasalah dan malas.
                   Maka, peluang untukmemperoleh pekerjaan juga adalah sukar. Kedua, individu yang
                   menggelandang juga terdedahkepada pelbagai risiko penyakit merbahaya. Ini kerana, faktor
                   persekitaran yang kurang bersihdan juga gaya hidup mereka. Ada juga yang menjadi mangsa
                   penderaan dan ada juga yangmempunyai masalah ketagihan minuman keras. Gaya hidup dan
                   persekitaran yang tidak sihat iniakan menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyakit
                   merbahaya. Seterusnya, keadaanmereka yang kekurangan wang menjadikannya sukar bagi
                   mereka untuk merawat masalahkesihatan yang dihadapi oleh mereka lalu dibiarkan berlanjutan.
                   Masalah yang dihadapi olehmereka menyukarkan mereka untuk memperoleh bantuan dari
                   kerajaan dan mendapatkan perkerjaan seterusnya meyukarkan mereka untuk keluar dari masalah
                   gelandangan.




















               B.MASYARAKAT
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12